Bola Sepak Terkini

Julang Piala FA detik bermakna buat saya – Nafuzi


PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui ia akan menjadi detik paling bermakna sekiranya berjaya julang trofi sebagai jurulatih pada usia 44 tahun menjelang perlawanan final Piala FA 2022, malam esok.

Nafuzi pernah meraih trofi Piala FA sebanyak dua kali sebagai pemain pada musim 2000 bersama Terengganu dan 2007 bersama Kedah sekaligus ia akan menjadi pelengkap yang sempurna jika berjaya menangani Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun, beliau mengakui aksi malam esok akan menjadi perlawanan sukar dan hanya inginkan barisan pemain menikmati perlawanan tanpa tekanan bagi misi memburu piala selepas 11 tahun.

“Sememangnya sebagai jurulatih memang lagi bermakna untuk saya mendapatkan kejuaraan terutamanya pada usia muda dan masih baru untuk belajar.

“Mesti la setiap jurulatih memang nak dapatkan piala untuk membuktikan anda sebagai jurulatih yang baik, jadi kena ada trofi dan harapnya malam esok InsyaAllah akan dapat.

“Dari segi tekanan, saya tidak tertekan, saya rasa apa yang kita sasarkan adalah untuk ke final dan apa yang penting pemain menikmati momen final ini dengan penyokong”, katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio, menjelaskan pemain-pemain sudah tidak mahu mengingati lagi memori
kekalahan di pentas TM Piala Malaysia 2021.

Baginya, JDT sudah mengambil pengajaran sepatutnya dalam perlawanan berkenaan dan mereka kini berada di tahap terbaik
bagi memperagakan aksi cemerlang di perlawanan akhir Piala FA 2021.

” JDT adalah sebuah kelab yang sentiasa memikirkan tentang masa hadapan dan sudah melupakan apa yang berlaku sebelum ini.

” Namun, kami mengambil pengajaran apa yang telah berlaku dan sudah bersedia berikan aksi terbaik pada hari perlawanan.

” Kami sentiasa hormat kepada Terengganu sebagai lawan kami tetapi kami berada di tahap keyakinan yang tinggi pada masa
sekarang selepas melihat keyakinan pemain-pemain kami.

” Di final, kami akan akan cuba kekalkan cara yang sama dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini iaitu bermain secara
bertekanan tinggi, menguasai bola serta sentiasa kompak dan mencari ruang untuk melakukan serangan,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: