
PENJAGA gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias mengharapkan satu kenangan manis mampu diukir seandainya diturunkan malam esok kerana ia bakal menjadi penampilan final pertamanya di Piala FA.
Kali terakhir JDT merangkul gelaran Piala FA adalah 11 tahun lalu dimana ketika itu Farizal hanya memerhatikan dari bangku simpanan dengan rakan sepasukan, Izham Tarmizi menjadi pilihan selaku benteng terakhir membantu kemenangan 2-1 menewaskan PKNS FC..
“Saya sudah lama bersama dengan JDT cuma final sebelum ini saya tidak bermain dan jika diturunkan, ini akan menjadi final pertama di Piala FA.
“Saya akan cuba sehabis baik bagi membawa pulang trofi Piala FA ke Johor tetapi berdepan Terengganu, bukan mudah kerana mereka sebuah pasukan yang konsisten.
“Mereka punyai kemampuan untuk memegang bola serta menjana serangan-serangan yang efektif dan ada kepantasan tersendiri.
” Jadi, kami tidak boleh berikan banyak peluang kepada mereka untuk menjaringkan gol untuk aksi final nanti,” katanya.
Add Comment