Bola Sepak

Apa lagi alasan FAM?… “Pembangunan bola sepak FAM tiada sistem, bukannya seperti seorang badut” – LTK


Skuad muda negara tewas dua kali kepada Laos ketika aksi Piala AFF B-23 di Kemboja.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

KECEWA. Satu lagi aksi yang mengecewakan daripada pemain-pemain negara. Dan kali ini ianya dipamerkan oleh skuad Bawah 23 Tahun (B-23) di pentas Piala AFF B-23 yang berlangsung di Kemboja.

Hidangan prestasi yang terus meneruskan ‘menyedihkan’ buat peminat-peminat bola sepak tempatan selepas skuad senior juga ‘sendu’ dipentas AFF Disember, seperti ‘skrip sama hanya berbeza pasukan’.

‘Menang kalah adat pertandingan’, ‘ini adalah skuad pelapis’, ‘pertandingan ini untuk pendedahan pemain-pemain muda’, ‘Piala AFF B-23 bukan sasaran utama’, ‘tak cukup pemain sebab Covid-19,’… antara alasan-alasan klise yang sudah lali, bosan didengari.

ARTIKEL BERKAITAN: MFL-FAM lebih perlu bertanggungjawab – Lim Teong Kim

Ya, kalah memang adat pertandingan tapi bagaimana kekalahan itu berlaku? Dalam situasi ini siapa yang perlu dipersalahkan? Adakah pemain-pemain yang tampil dengan corak permainan yang serba tak menjadi ini wajar dipersalahkan? Bermula dengan ‘passing’ sehinggalah corak larian, kemahiran tahan bola, ‘attitude’ dalam padang, malah keputusan di atas padang.

Sebagai penonton bola sepak, aksi yang dipamerkan itu memang memalukan, lebih-lebih lagi dikala negara-negara jiran lain sudah ke depan, bola sepak kita mula masih dengan isu yang sama.

Skuad Bawah 23 Tahun negara.

Antara individu yang kerap memberi pesanan atau kritikan mahupun nasihat mengenai masalah skuad muda negara ini adalah bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim.

Teong Kim,59, dalam perkongsiannya di Instagram sekali lagi meluahkan perkara yang sama dikongsi kepada CAKAP SUKAN ketika skuad Harimau Malaya kecundang ketika Piala AFF Disember lalu.

Namun kali ini pandangannya lebih keras, mungkin kerana sudah terlalu muak dengan situasi ini.

“Saya sudah banyak kali berkata bahawa jikalau FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau MFL (Liga Bolasepak Malaysia) tidak membuat tanggungjawab mereka untuk mengadakan liga-liga remaja untuk pemain-pemain remaja Malaysia… jangan harap bahawa bola sepak Malaysia akan maju.

“Pembangunan seseorang pemain mesti melalui proses pembangunan muda yang bersistematik. Dan ini tidak ada di Malaysia.

“Tetapi, situasi bola sepak kita tidak memberi pemain-pemain remaja maju. Kita tidak boleh menyalahkan mereka. Yang salah adalah FAM dan MFL. Mereka yang seharusnya menyedia dan melengkapkan landasan untuk pembangunan bola sepak Malaysia.

Lim Teong Kim

“Perubahan itu adalah seperti liga-liga remaja, tiga sahaja pemain import untuk liga super dan premier. Manakala team kedua liga supar tidak boleh ada ‘foreign players’ yang bermain di liga premier,” tulisnya selepas skuad B-23 negara tewas 4-1 secara agregat kepada Laos.

Malah Teong Kim yang kini bermastautin di Jerman menegaskan bahawa pemain-pemain yang bermain ketika menentang Laos tidak boleh dipersalahkan.

“Proses pembangunan bola sepak FAM tiada sistem. FAM perlu pemimpin yang mempunyai ‘leadership quality’, bukannya seorang seperti badut.”

Untuk rekod, skuad B-23 negara tewas kepada Loas dalam dua kali perlawanan (timbal balik) memandangkan dalam Kumpulan B hanya ada Malaysia dan Laos selepas Myanmar dan Indonesia terpaksa menarik diri berikutan penularan Covid-19 dalam pasukan mereka.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: