Bola Sepak

FAM bincang pembangunan bola sepak bersama Menteri Besar Perlis


Hamidin (kiri) mengadakan pertemuan bersama Menteri Besaar Perlis pada Isnin , Foto: FAM

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dengan membincangkan kerjasama dalam memperkasakan lagi mutu bola sepak tempatan.

Jelas Hamidin, program sukan bola sepak negeri perlu diberi nafas baharu, diperkasa serta diperhebatkan lagi terutama selepas pandemik Covid-19 yang telah memberi kesan terhadap perkembangan sukan nombor satu negara sebelum ini.

“Kerjasama antara kerajaan negeri tentunya dapat menyemarakkan lagi bola sepak tempatan terutama dari aspek pembangunan.

“Hubungan dua hala antara kerajaan negeri dan Persatuan Bolasepak Negeri adalah tunjang kepada kajayaan pasukan.

“Sokongan kerajaan Negeri penting dalam melaksanakan program bola sepak sekali gus memartabatkan sukan nombor satu ini di setiap peringkat, akar umbi, bola sepak lelaki dan wanita, futsal mahupun bola sepak pantai,” katanya.

Hamidin mengakui Azlan nyata mempunyai pandangan yang sama di mana hubungan dua hala antara kerajaan Negeri dan Persatuan Bolasepak Negeri sememangnya menjadi kunci utama kepada kejayaan pembangunan bola sepak pasukan negeri.

Hadir sama dalam sesi beramah mesra ini ialah dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi bersama Datuk S. Sivasundaram, barisan ahli jawatankuasa eksekutif FAM dan Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Turut hadir, Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Zamri Ibrahim dan ahli-ahli jawatankuasa eksekutif PFA.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: