
Oleh: SURYATI MOHD NOR
PENCARIAN ketua jurulatih Harimau Malaya dijangka akan diketahui tidak lama lagi selepas dua calon terakhir kini sudah pun dalam senarai Persatuan Bolasepak Malaysia.
Sebelum ini CAKAP SUKAN melaporkan empat calon dari empat negara antara yang diintai bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletak jawatan selepas aksi Piala AFF 2020 bulan lalu.
Malah spekulasi calon pilihan utama dari Korea Selatan semakin kukuh apabila Asean Football memuatnaik perkongsian di Twitter pada Ahad memaparkan bekas pengendali Bawah 23 Tahun Kim Hak-bum dan bekas jurulatih kebangsaan Hong Kong, Kim Pan-gon dari negara tersebut dalam radar ‘rapat’ FAM.
🇲🇾Big candidates for new head coach for Malaysia National Team. are two coach from South Korea 🇰🇷 :
👉 Kim Hak-bum : former U23 South Korea’s head coach.
👉 Kim Pan-gon : Former Hongkong National Team’s Head coach #FAM #AFF pic.twitter.com/xIpxlCLYvZ
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) January 15, 2022
Malah difahamkan, FAM kini hanya menumpukan jurulatih dari Korea Selatan selepas ‘mengetepikan’ tiga lagi senarai jurulatih dari Jepun, England dan Sepanyol.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Bojan Hodak… pengganti Cheng Hoe sah dari luar negara
“Ya, sekarang kita lebih terarah kepada Korea Selatan dan belum ‘finalize’ lagi,” ujar sumber terdekat kepada Cakap Sukan.
Pengumuman rasmi mengenai ketua jurulatih kebangsaan dijangka akan diumumkan Februari ini selepas semua perbincangan diputuskan.








Add Comment