Bola Sepak

Liga M 2022 : Messi Kedah sertai Kelantan FC


Farhan sah menyertai Kelantan FC untuk tempoh tiga tahun.
BEKAS pemain sayap lincah Perak FC dan Kedah Darul Aman FC, Farhan Roslan sah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama pasukan TRW Kelantan FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Pemain yang berusia 25 tahun ini diberi jolokan nama “Messi Kedah” mula menempa nama bersama pasukan Kedah FC sejak berumur 18 tahun menerusi kelicikan kawalan bola mencuri perhatian barisan kejurulatihan The Red Warriors.
Kerjaya beliau selaku seorang pemain bolasepak bermula dari mewakili pasukan futsal Kedah pada tahun 2013 di mana Farhan beraksi dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan dan telah mencuri perhatian skuad hijau kuning untuk bersama skuad utama Kedah Darul Aman FC.
Rekod beliau sepanjang mewakili Kedah Darul Aman FC sebanyak 64 penampilan telah menjaringkan 6 gol dan 1 gol ketika bersama Perak FC dengan 8 penampilan pada musim 2021.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: