Bola Sepak

LPFK: Aksi makin sengit, Pahang Rangers tepati ramalan awal


Pahang Rangers

Oleh: JJFIRDAUS

AKSI Liga Premier Futsal Kebangsaan 2022 (LPFK) memasuki hari ketiga menyaksikan empat lagi perlawanan diteruskan hari ini.

Selangor Mac bakal menentang Kuala Lumpur, Selangor TOT United lawan PDRM FC, Shah Alam City bertemu KL City FC dan KPT-PST Mustangs berdepan dengan Perak.

Pada aksi hari kedua semalam (Sabtu), menyaksikan skuad Pahang Rangers menepati ramalan awal sebagai pasukan pilihan apabila berjaya menewaskan Pulau Pinang 4-1 dalam aksi di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Pada perlawanan sebelah pagi pula, jaringan pada minit terakhir oleh Sufri Shamil berjaya membantu Negeri Sembilan mengatasi Selangor MAC 3-2 dalam aksi yang cukup mendebarkan.

PDRM FC akan menentang Selangor TOT United hari ini.

Manakala Kuala Lumpur City bangkit apabila berjaya menewaskan Kedah 2-1.

TRW Kelantan FC juga berjaya mencatatkan kemenangan pertama selepas seri 3-3 dengan Kedah semalam apabila mengatasi ATM 5-3 juga dalam aksi yang sengit.

TRW Kelantan mendapat kelebihan awal apabila Amil Hafidzi menjaringkan gol sendiri pada minit ke- 12 sebelum gol dari Asmie Amir, Zahari Habibi Sultan, Imran Syamim Saifullah dan Izwan Yaakub memastikan kemenangan menjadi milik skuad pantai timur ini.

Menerusi kemenangan ini, TRW Kelantan FC kini mendahului carta liga dengan empat mata selepas dua perlawanan dengan empat lagi perlawanan akan berlangsung di venue yang sama pada Ahad untuk melengkapkan Sirkit 1 musim ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: