Bola Sepak

Scott O’Donell rasmi sebagai Pengarah Teknikal FAM


O’Donell (kiri) diperkenalkan sebagai Pengarah Teknikal FAM baharu pada Rabu.

Oleh: SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI kelahiran Australia yang merupakan bekas jurulatih Geylang United pada tahun 2003 hingga 2005, Scott O’Donell sah dilantik Pengarah Teknikal (PT) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

O’Donell cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak Singapura kerana pernah beraksi bersama kelab Liga-S, Tampines Rovers.

Malah, O’Donell juga merupakan bekas pemain import Kuala Lumpur pada tahun 1994 hingga 1995 dan cukup mengenali budaya bola sepak Malaysia serta dijangka tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Swee letak jawatan, ubah ‘angin’ baharu bulan depan

Selain menjadi jurulatih Geylang United, dia juga mempunyai pengalaman sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Kemboja pada tahun 2005 hingga 2010 sebelum menjadi Pengajar Kejurulatihan Akademi Bola Sepak India (AIFF).

O’Donell yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal Capital Football, iaitu badan induk bola sepak wanita di ibu negara Australia, Canberra, sejak 2017, melepaskan jawatan itu pada November lepas.

Bekas pemain pertahanan itu juga sudah biasa dengan budaya bola sepak rantau ini, apabila pernah beraksi bersama Kuala Lumpur pada 1994-1995, selain bermain di Liga Singapura bersama Tampines Rovers (1996-97, 1999-2000) dan Marine Castle United (1998-99).

Menurut Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar mengakui O’Donell merupakan calon yang tepat untuk jawatan tersebut memandangkan pengalaman luasnya di pentas antarabangsa khususnya di Asia Tenggara.

“O’Donell memiliki reputasi dan latar belakang yang hebat khususnya untuk mencungkil bakat akar umbi.

“Pengalaman sebagai bekas pemain Kuala Lumpur pada era 90-an selain pernah berkerja di Singapura dan Kemboja juga memudahkan dirinya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan bola sepak semasa di rantau ini,” katanya pada majlis pengumuman rasmi di Wisma FAM pada Rabu.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: