Bola Sepak

Kim Swee letak jawatan, ubah ‘angin’ baharu bulan depan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kim Swee meletak jawatan Pengarah Teknikal FAM pada Jumaat.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee selepas beliau menerima tawaran sebagai ketua jurulatih Sabah FC yang baharu.

Surat peletakan jawatan itu diserahkan Kim Swee kepada Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar pada Jumaat.

“Pihak pengurusan telah menerima peletakan jawatan tersebut, seterusnya mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan beliau ke jawatan baharunya itu berkuat kuasa 1 Oktober 2021.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kim Swee atas khidmat dan jasanya sepanjang bersama FAM dan mendoakan agar beliau berjaya dengan karier baharunya bersama Sabah FC,” ujar Mohd Saifuddin dalam satu kenyataan media.

Kim Swee yang bakal mencecah usia 51 tahun pada 11 Disember depan telah berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula dari tahun 2007 dengan pelbagai jawatan iaitu ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, skuad B-17 kebangsaan, skuad Harimau Muda, skuad B-23 kebangsaan, skuad kebangsaan, Ketua Unit Belia dan terakhir sebagai Pengarah Teknikal bermula Januari 2021.

Antara kejayaan Kim Swee sepanjang bersama FAM ialah membimbing pasukannya muncul juara Piala Belia 2007, naib juara Piala Belia 2008, juara Liga Premier 2009, pingat emas Sukan SEA 2011, juara Pestabola Merdeka 2013, pingat perak Sukan SEA 2017, suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan layak ke peringkat kalah mati pada Sukan Asia 2018.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: