Bola Sepak

Pengarah Teknikal FAM baharu diperkenalkan Rabu ini


Mohd Saifuddin Abu Bakar

PENGARAH Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu akan diketahui pada Rabu ini.

Sebelum ini FAM mengumumkan individu yang akan mengisi kekosongan jawatan tersebut akan diumumkan hari ini (3 Januari), namun ianya tidak dapat dilakukan.

Menurut Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar, individu tersebut kini sedang menjalani porses kuarantin di ibu negara.

“InsyaAllah pada 5 Januari, 3 Petang pengumuman akan dibuat kerana pegawai itu kini sedang menjalani kuarantin , jadi kita tunggu saja penampilannya,” jelasnya ketika ditemui hadir menyaksikan final Kejohanan Bolasepak Wanita Kuala Lumpur (KLWFC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras, Ahad malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Pengarah Teknikal FAM bakal diumum awal tahun depan

Bagaimanapun Mohd Saifuddin enggan mengulas mengenai jurulatih kelahiran Australia Scott O’Donell yang dikaitkan dengan jawatan ini.

“Saya tak nak komen, kena tunggu sampai 5 Januari dan saya pula tidak boleh jawab sama ada beliau orang tempatan atau luar,” ujarnya.

Pengarah Teknikal baharu ini bakal menggantikan Datuk Ong Kim Swee yang meletak jawatan  September lalu selepas menerima tawaran sebagai ketua jurulatih Sabah FC. – Bernama


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: