Bola Sepak

Siapa Pengarah Teknikal FAM bakal diumum awal tahun depan


Mohd Saifuddin Abu Bakar

Oleh: SURYATI MOHD NOR

HAMPIR dua bulan kerusi jawatan Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum diisi selepas Datuk Ong Kim Swee meninggalkannya Oktober lalu.

Namun, Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar memberitahu, setakat ini pihaknya menerima banyak permohonan untuk mengisi jawatan tersebut.

“Kami akan mengadakan sidang media pada 3 Januari mengenai jawatan Pengarah Teknikal ini selepas semua proses pengambilan selesai.

“Setakat ini memang ramai pemohon dan FAM masih belum membuat keputusan tetapi berdasarkan pengalaman Pengarah Teknikal perlu mendapatkan pengesahan daripada Fifa dan AFC dan kami cari yang terbaik,” jelasnya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Ke-3 Bagi Penggal 2021-2025 di Wisma FAM pada Isnin.

Untuk rekod, Kim Swee dilantik sebagai Pengarah Teknikal FAM awal tahun ini, namun meletak jawatan selepas menerima tawaran sebagai ketua jurulatih Sabah FC.

Dalam pada juga Mohd Saifuddin mengesahkan FAM akan membuat bidaan menjadi tuan rumah kelayakan Piala Asia 2023 selepas proses undian berakhir pada Februari depan.

“Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai pilihan pertama dan pilihan kedua untuk stadium lain.

“Kerana itu adalah stadium nasional kita,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: