Bola Sepak

“Pasukan kaya-raya tak dapat tewaskan kita” – Presiden KFA


Aksi Kedah bertemu JDT berakhir tanpa sebarang jaringan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia. Foto: KDA FC

Oleh: SUBKI SUDARJI

“WALAUPUN Kedah pasukan negeri yang miskin lawan dengan pasukan yang kaya-raya tapi pasukan yang kaya-raya juga tidak dapat menang, tak dapat tewaskan kita.”

Demikian reaksi Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan keputusan seri 1-1 ketika menentang Johor Darul Takzim pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, Ahad malam.

Sanusi turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan KDA FC yang telah mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan dengan JDT malam tadi.

“Saya dengan bangga telah hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan itu yang berlangsung dengan begitu sengit.

“Tahniah kepada pemain-pemain, jurulatih dan pengurusan KDA FC. Memang awalnya saya menjangka kita akan ‘balun’ JDT tetapi ternyata JDT bukan calang-calang, dan mereka juga terpaksa mengakui kehebatan pasukan KDA FC,” katanya.

Tambah Sanusi, walaupun Kedah pasukan negeri yang miskin lawan dengan pasukan yang kaya-raya tapi pasukan yang kaya-raya juga tidak dapat menang, tak dapat tewaskan kita.

“Ini bermaksud kita walaupun pasukan yang miskin tetapi memiliki semangat juang yang tinggi, bersemangat waja sekeras besi.

“Terima kasih kepada pasukan KDA FC. Tahniah,” tegasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: