Bola Sepak

TMJ hantar McDonalds, sejambak bunga ros merah kepada presiden KFA


Sejambak bunga kepada Muhammad Sanusi.

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bermurah hati membelanja set makanan segera kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Tunku Ismail berkongsi klip video di Instagram yang menunjukkan wakilnya menyerahkan set makanan McDonalds bersama tiga kuntum buga ros merah kepada Muhammad Sanusi lewat petang Isnin.

Seperti sedia maklum hubungan Tunku Ismail dengan Menteri Besar Kedah itu sedikit ‘panas’ selepas TMJ menyuarakan berkenaan isu gaji pemain-pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum aksi suku akhir pertama Piala Malaysia pada Ahad.

Namun, gaji tertunggak itu difahamkan sudah selesai dan Muhammad Sanusi membalas isu berkaitan dengan nada yang agak sini sekaligus menarik perhatian semua peminat bola sepak tanah air.

Malah hari ini juga, Muhammad Sanusi memanaskan lagi suasana dengan memberitahu; “Walaupun Kedah pasukan negeri yang miskin lawan dengan pasukan yang kaya-raya tapi pasukan yang kaya-raya juga tidak dapat menang, tak dapat tewaskan kita.”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pasukan kaya-raya tak dapat tewaskan kita” – Presiden KFA

Sejurus selepas itu, beliau menerima ‘hadiah’ set makanan daripada TMJ.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: