Basikal

Terengganu dominasi Kejohanan Berbasikal Jelajah Negeri Sembilan 2021


Muhammad Shahmir Aiman Abdul Halim (tengah) mengungguli perebutan jersi kuning.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

TERENGGANU membuktikan reputasinya selaku jaguh lumba basikal negara ini sukar digugat apabila muncul juara keseluruhan kejohanan Berbasikal Jelajah Negeri Sembilan 2021, yang berakhir hari ini.

Kejohanan yang bermula Jumaat lalu membabitkan laluan peringkat pertama sejauh 95.2 km, peringkat kedua (156.9 km) dan peringkat ketiga pula adalah sejauh 131.9 km.

Pelumba pasukan Terengganu juga mendominasi Jersi Kuning (juara keseluruhan) menerusi Muhammad Shahmir Aiman Abdul Halim yang turut dinobatkan pemenang Jersi Merah (Raja Bukit) dan rakan sepasukan, Mohammad Faisal Izuddin Ahmad Joyo meraih Jersi Hijau (Raja Pecut).

Ujar Shamir Aiman, ini pertama kali dia dapatkan kekalkan Jersi Kuning dalam suatu perlumbaan tempatan.

“Satu permulaan yang baik bagi saya untuk terus maju dan berjaya dalam perlumbaan lain terutama ketika Sukan Malaysia (Sukma) Kuala Lumpur tahun depan

“Kejayaan ini suatu yang positif dan yakin keputusan ini akan membakar lagi semangat saya untuk meningkatkan prestasi,” katanya yang mencatat masa tiga jam, 26 minit dan 33 saat untuk mengumpul 9:29.57s bagi mendapatkan Jersi Kuning.

Sementara itu selepas sekadar menamatkan perlumbaan dikelompok 14 terbaik pada peringkat kedua sebelum ini, pelumba Majlis Sukan Negara (MSN ) Zulhelmi Zainal mencuri tumpuan apabila menamatkan saingan selaku juara pada perlumbaan peringkat ketiga, hari ini.

Melewati garisan penamat pada perlumbaan sejauh 131.9 km, Zulhelmi ternyata unggul dengan catatan masa 3 jam 26 minit 33 saat untuk menewaskan Muhammad Faisal Izuddin (Terengganu) dan pelumba tuan rumah, Abdul Azim Aliyas dikedudukan ketiga.

Bagi Zulhelmi, kegagalan menamatkan perlumbaan dengan kedudukan podium pada dua peringkat terdahulu memberikannnya motivasi untuk terus memburu kemenangan.

“Selepas gagal menamatkan perlumbaan pada peringkat pertama dan sekadar kedudukan ke 14 pusingan kedua dan rezeki masih belum berpihak kepada saya namun kemenangan hari ini sememangnya dinantikan.

“Kali ini saya dapat buktikan kemampuan untuk raih kemenangan, jurulatih juga banyak memainkan peranan terutamanya memberi galakan agak terus berada dikelompok hadapan,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d