Antarabangsa Basikal Terkini

ACC Lantik iSports Sebagai Penaja Jersi Rasmi Selama Empat Tahun

Malaysia bukan sahaja berperanan sebagai tuan rumah untuk acara sukan antarabangsa ini tetapi juga sebagai hab strategik untuk pembangunan berbasikal Asia.

KONFEDERASI Berbasikal Asia (ACC) menandatangani perjanjian penajaan selama empat tahun dengan iSports, dengan sah secara rasmi menamakan jenama tersebut sebagai penaja jersi rasmi ACC bermula 2025 hingga 2029, di sini, hari ini.

Kontrak penajaan  yang bernilai ASD 70,000 ini merangkumi tajaan dalam bentuk jersi Juara Asia rasmi, dan pakaian untuk pelbagai kegunaan aktiviti kejuaraan ACC di seluruh Asia.

Presiden ACC Dato’ Amarjit Singh Gill berkata, kerjasama bersama iSports ini bukan sahaja menggambarkan misi ACC dalam menaikkan lagi mutu sukan berbasikal di Asia tetapi juga menjadi detik yang membanggakan buat Malaysia.

“Sebagai Presiden PKBM, saya melihat kerjasama ini mampu memartabatkan lagi nama Malaysia yang semakin kukuh dalam kancah sukan berbasikal di Asia.

“Ini kerana Malaysia bukan sahaja berperanan sebagai tuan rumah untuk acara sukan antarabangsa ini tetapi juga sebagai hab strategik untuk pembangunan berbasikal Asia.

“Maka kerjasama ini bukan sahaja menandakan kepentingan ikatan serantau malah turut mengukuhkan lagi nama Malaysia dalam arena berbasikal.

“iSport merupakan syarikat pakaian sukan terulung yang membekalkan jersi kepada pelbagai pasukan ternama antaranya Terengganu Cycling Team (TSG) dan Pasukan Kebangsaan Malaysia,”ujarnya yang juga merupakan Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Berbasikal Dunia (UCI).

Majlis penandatangan Penajaan Bersama dengan pendedahan Jersi Juara Asia baru yang direka  telah disempurnakan oleh Presiden ACC Dato’ Amarjit Singh Gill, yang juga merupakan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), bersama Pengarah Genuine Marketing Enterprise, yang mewakili iSports, Encik Goh Seng Toon. Turut hadir sama adalah  Setiausaha Agung ACC, Encik Kozim Urinboykhujaev.

Sementara itu,  Seng Toon memaklumkan  pihaknya amat bangga dengan jalinan kerjasama ini ekoran dapat turut sama menyumbang dalam usaha ACC membangunkan lagi sukan berbasikal Asia.

“Kami di iSports juga amat komited dalam menyediakan produk berkualiti tertinggi buat atlet serta pasukan yang bertanding dalam acara ACC.

“Kerjasama ini menandakan satu lagi langkah kehadapan dalam pembangunan serta  profesionalisme sukan berbasikal dan kami amat proaktif  untuk sentiasa menyumbang di pentas antarabangsa,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading