Basikal Bola Sepak

Gelaran Raja Pecut dan Bukit milik Hakimi


Hakimi (tengah) merangkul gelaran Raja Pecut dan Bukit pada perlumbaan peringkat kedua yang berlangsung hari ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PELUMBA pasukan Terengganu, Muhamad Hakimi Haiqal Ahmad Sabri terus membuktikan dia merupakan pelumba yang perlu digeruni selepas merangkul gelaran Raja Bukit dań Raja Pecut pada peringkat kedua Kejohanan Berbasikal Jelajah Negeri Sembilan 2021, hari ini.

Selepas meraih gelaran Raja Pecut pada peringkat pertama semalam, laluan sejauh 156.9 km dari Bandar Sendayan menuju Rembau yang dilalui semua pelumba hari ini dengan cabaran utama pendakian Bukit Miku antara halagan utama yang perlu ditempuhi.

Bagi Hakimi Haiqal, kesukaran pastinya apabila melalui laguna Bukit Miku yang berjaya diatasinya dengan strategi yang membuahkan hasil selka Raja Bukit.

“Hari ini cabaran utama Bukit Miku, memang sukar segala usaha dengan strategi diserapkan rakan sepasukan membuahkan hasil,” ujarnya yang melihat pelumba Johor antara pesaing yang perlu diberikan perhatian.

Sementara itu, perebutan jersi Kuning pada peringkat kedua dimenangi Muhammad Afiq Iskandar Hisyam dari pelumba pelapis Majlis Sukan Negara (MSN)

Tempat kedua pula menjadi milik Muhammad Faisal Izuddin dari Terengganu dan Chiang Jia Cheng, Kuala Lumpur ditangga ketiga.

Muhammad Afiq Iskandar, 20, yang berasal dari Johor mencatat masa tiga jam, 54 minit dan 10 saat bagi mengenepikan Mohammad Faisal Izuddin Ahmad Joyo (TRG) di tempat kedua (3:54:10s) dan ketiga Chiang Jia Cheng (KUL) dengan masa 3:54:10s.

Jelas, Afiq perlumbaan peringkat kedua sememangnya mencabar selepas mendapat tentangan dari pelumba lain namun keyakinan dan fokus antara eleman yang membantu kemenangan pertama dalam kejohanan ini.

“Selepas menempuhi hampir 90 km dan melepasi Bukit Miku, saya terus fokus untuk menamatkan perlumbaan walaupun sedar pada awalnya ia bukan mudah untuk dilaksanakan.

“Sokongan rakan sepasukan banyak membantu kejayaan saya pada hari ini,” katanya.

Acara penyampaian medal disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, Dato Zaifulbahri Idris, Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Hazri Mohd, dan Naib Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan, Dato Mohd Nazri Saad.

—tamat—

Kedudukan Pertama-Ketiga
1) Muhammad Afiq Iskandar Hisyam, Majlis Sukan Negara
2) Muhammad Faisal Izuddin, Terengganu
3) Chiang Jia Cheng, Kuala Lumpur

Pemenang Jersi Merah (Raja Bukit)
– Muhamad Hakimi Haiqal Ahmad Sabri, Terengganu

Pemenang Jersi Hijau (Raja Pecut)
– Muhamad Hakimi Haiqal Ahmad Sabri, Terengganu


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: