Bola Sepak

18 pemain berpisah dengan Harimau Kumbang


Oleh: AMMAR HAZIQ

PENANG FC mengumumkan seramai 18 pemain pasukan tersebut musim 2021 sah meninggalkan pasukan tersebut setakat Sabtu.

Melalui Facebook rasminya, hanya pemain import dari Brazil, Endrick Dos Santos Parafita, 26 yang diumumkan kekal setakat ini dan terus menabur bakti bersama pasukan Penang FC bagi musim 2022.

Pemain-pemain yang sah meninggalkan Harimau Kumbang adalah Sheriddin Boboev, Ryuji Utomo, Samuel Somerville, Amer Azhaar, Al-Hafiz Harun, Azmer Aris, Khairu Azrin, Quentin Cheng dan D. Saarvindran.

Aksi Penang FC dalam aksi Liga Super musim ini.

Turut meninggalkan pasukan tersebut adalah Suwarnaraj, David Rowley, Azwan Aripin, Bryan See, Asyraff Omar, Wan Mohd Faiz, Afif Azman, Marcus Mah dan Fauzan Fauzi.

“Segala doa dan sokongan penyokong setia Harimau Kumbang mengiringi suka duka perjalanan pasukan Penang FC untuk mengakhiri musim ini di tangga ke-3 Liga Super Malaysia sebelum menamatkan saingan TM Piala Malaysia di peringkat kumpulan.

Teruskan sokongan anda buat pasukan Penang FC di dalam saingan Liga Malaysia musim 2022,” tulisnya.

Sementara itu, sumber terdekat pengurusan Penang FC ketika dihubungi Cakap Sukan berkata, rundingan bersama pemain-pemain baharu sedang diadakan dan akan diumumkan selepas tiba masanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: