Bola Sepak

Pengurus B-17 negara Christopher mula langkah awal


Pemain-pemain AMD mendengar taklimat ketika sesi pertemuan bersama pengurus B-17 negara, Christopher pada Khamis.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENGURUS Bawah 17 Tahun negara Christopher Raj mula mengatur langkah awal dalam mendekati skuad muda negara dengan mengadakan pelbagai informasi penting di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Christopher yang dilantik sebagai pengurus baharu skuad B-17 negara baru-baru ini mengakui kedatangannya ke AMD memberi gambaran lebih jelas mengenai struktur pemain-pemain muda yang sedang berada dalam program AMD.

“Saya ke AMD bagi mendapatkan penjelaskan daripada staf teknikal mengenai persiapan B-17 dan mengakui di sini mempunyai sistem yang baik termasuk fasiliti yang memang terbaik.

Penjelasan mengenai struktur AMD daripada staf akademi.

“Saya juga ada berjumpa dengan pemain-pemain Bawah 16 tahun, membuat penerangan ringkas apa yang kami harapkan dan sebaliknya. Kami jangkakan pasukan lengkap akan sedia tahun depan.

“Memandangkan Piala Belia juga akan mula kembali diadakan, jadi kami juga akan menggunakan sebahagian pemain-pemain daripada liga itu yang terpilih untuk diserapkan dalam skuad muda negara. Manakala 80 peratus adalah pemain dari AMD,” kongsinya kepada Cakap Sukan.

Dalam pada itu, Christopher yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberitahu, skuad B-16 Tahun akan menyertai Piala AFF sebelum aksi Kelayakan Piala AFC B-17.

ARTIKEL BERKAITAN: Christopher Raj pengurus skuad remaja negara, program rapi menjelang Piala Dunia B-17 2023

“Saya juga mendapat tahu bahawa AMD juga merancang untuk mengadakan beberapa siri latihan dan perlawanan persabatan di luar negara seperti mana kita juga ‘plan’ untuk menghantar mereka ke sesi latihan dan perlawanan kompetitif di Arab Saudi dan Belgium.

“Ia antara persiapan pasukan muda ini sebelum aksi Piala AFF B-16 yang juga diadakan tahun depan. Semalam baharu kami mendapat tahu mengenainya.

Christoper bertemu pemain-pemain AMD pada Rabu.

“Jadi ianya satu perancangan yang baik buat pasukan dan kita akan menggabungkan program-program ini bagi memantapkan skuad negara.

“Selain itu, saya juga akan mengadakan lagi perbincangan dengan Pengarah Teknikal AMD, Saad Ichalalene untuk berbincang mengenai jurulatih sebelum dilantik.

“Saya sangat gembira dengan hubungan ini (FAM-AMD) kerana segala-galanya untuk negara,” tambahnya.

Turut hadir sama ke AMD  ialah Timbalan Presiden FAM, Datuk Sivasundaram, Pengarah Pembangunan MSN, Safrusahar Mohd Yusof serta beberapa orang jurulatih mewakili FAM.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: