Bola Sepak

Mintah mahu ledak gol awal


PELEDAK berbisa Terengganu FC, Jordan Mintah mahu meledak gol awal buat pasukan untuk memberikan tekanan buat tuan rumah menjelang aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.
Terikat seri 1-1 di laman sendiri pada aksi pertama, Mintah perçaya gol awal dimiliki pasukannya akan memberikan lebih keyakinan buat pasukan untuk meraih keputusan positif.
“Saya dan pasukan yakin, gol awal amat penting bemitu gol-gol lain, jadi kami akan memberikan aksi terbaik untuk memastikan kemaraan di pentas final,” jelasnya yang menjaringkan satu gol di Kuala Terengganu, Isnin lalu.
Mintah (kiri) dan Faisal Halim mempamerkan gandingan menarik setiap kali turun beraksi.
Pertembungan kedua pasukan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Iskandar Puteri, Johor malam ini pastinya menarik berdasarkan rekod pertembungan dan prestasi semasa dengan JDT memiliki kelebihan jaringan gol ditempat lawan pada aksi pertama di Kuala Terengganu.
Namun TFC yang dibimbing Nafuzi Zain pastinya memiliki strategi tersendiri selain tidak tertekan berbanding tuan rumah yang merupakan juara bertahan Piala Malaysia.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: