Bola Sepak

Bas Shuttle percuma ke SSI


KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyediakan perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma bermula dari Hutan Bandar MBIP, Taman Mutiara Rini ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada malam ini bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021.
Para penyokong boleh meletakkan kenderaan di kawasan tersebut di Hutan Bandar sebelum menggunakan perkhidmatan bas ‘shuttle’  bermula dari jam 4.00 petang sehingga 8.30 malam.
Perkhidmatan ini akan disambung semula pada jam 10.30 malam sehingga 12.30 tengah malam dari Stadium Sultan Ibrahim kembali ke Hutan Bandar MBIP, Taman Mutiara Rini.
Langkah ini ini bagi mengurangkan kesesakan lalulintas dan juga memastikan aliran masuk dan keluar penyokong yang lebih teratur.
Pintu stadium akan dibuka seawal jam 6.00 petang bagi memudahkan penyokong mencari tempat duduk. Luaskan Kuasamu Johor.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: