Bola Sepak

Selesaikan dalam tempoh 90 minit – Nafuzi


Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain lebih gemar menamatkan saingan separuh akhir kedua menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan masa sebenar 90 minit berbanding tambahan masa mahupun penentuan sepakan penalti.

Namun jelasnya dia tétap mengingatkan barisan pemainnya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan peluang kedua-dua pasukan masih lagi terbuka.

“Kita sudah ingatkan pemain supaya sentiasa bersedia dengan tambahan masa dan sepakan penalti kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi lebih-lebih lagi peluang buat kami masih terbuka luas untuk mara ke pentas final.

Nafuzi lebih gemar menamatkan aksi separuh akhir dengan masa penuh perlawanan berbanding masa tambahan atau sepakan penalti.

“Namun jika boleh saya nak habiskan perlawanan pada masa sebenar 90 minit bagi mengulangi pencapaian tahun 2018 yang menundukkan skuad itu dengan agregat 3-2 pada aksi separuh akhir Piala Malaysia,” katanya.

Beliau yang pernah membantu pasukan mara ke pentas final Piala Malaysia pada tahun 2018 ketika menjadi penolong jurulatih kepada Irfan Bakti Abu Salim, menuntut anak buahnya beraksi bagaikan pentas final.

Ujarnya, pada aksi yang dijangka berintensiti tinggi itu, pemain perlu mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan selain berwaspada dengan ancaman yang bakal diberikan skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora.

JDT kini mempunyai kelebihan jaringan gol di tempat lawan selepas aksi pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berakhir dengan keputusan 1-1.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: