Bola Sepak

MFL bakal jumpa Sarawak United bincang isu lesen kelab


Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) akan mengadakan perbincangan bersama pengurusan Sarawak United bagi menyelesaikan isu yang  membabitkan perlesenan kelab dan kewangan pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stuart Ramalingam berkata, Sarawak United sudah menyerahkan bukti penyelesaian hutang tertunggak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 2021 kepada Pelesenan Kelab MFL pada 20 November lalu.

“MFL tetap akan mengadakan perbincangan bersama pengurusan Sarawak United untuk mendapatkan penjelasan berkaitan beberapa perkara termasuklah membabitkan maklumat kewangan pasukan itu.

“Penyerahan sudah dilakukan pada 20 November lalu dan esok akan diadakan perjumpaan secara bersemuka dengan pengurusan Sarawak United,” katanya.

Untuk reeked, sebelum Sarawak united diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat berikutan terdapat tunggakan hutang membabitkan LHDN 2021 dan perlu menyerahkan pembayaran atau bukti penyelesaian atas hutang tertunggak mereka terhadap LHDN 2021 kepada Pelesenan Kelab MFL selewat-lewatnya pada 20 November lalu.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: