Bola Sepak

“Pemain perlu beri segala-galanya” – Zainal Abidin


Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENGENDALI Melaka United FC (MUFC), Zainal Abidin Hassan menyeru kepada pemain-pemainnya untuk mencipta momen terbaik sepanjang tahun ini.

Skuad Sang Kancil ini bakal berdepan dengan aksi sengit bertemu Kuala Lumpur City FC bagi aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021 di Stadium Hang Jebat esok.

Apa yang lebih menarik, MUFC mempamerkan prestasi luar biasa sepanjang kempen Piala Malaysia berbanding dengan Liga Super.

Malah mereka juga menamatkan kemarau ke separuh akhir selama 38 tahun selepas kali terakhir pada 1983.

“Kita memang mahu mencipta sejarah. Dengan adanya penyokong-penyokong di belakang, Insya-Allah kami akan bermain lebih gigih lagi.

“Ini adalah permainan lebih mustahak kerana apa yang pemain-pemain korbankan dari awal dengan berpuluh permainan, inilah momen terbaik mereka untuk berpuas hati sepanjang tahun.

“Jadi pemain harus memberi segala-galanya,” jelasnya.

Pemain-pemain Melaka United FC berjaya mengikat tuan rumah 1-1 pada aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia Isnin lalu. Foto: MUFC

Dalam itu, Zainal Abidin memberitahu kelebihan gol di tempat lawan mempunyai sedikit ‘kebaikan’ buat pasukannya.

“Kita siapkan ‘game plan’ bermain di tempat sendiri kerana ingin rekod bersih dan lebih penting dapat mencipta banyak peluang.

“Di KL kita tak banyak peluang kerana berlainan padang,” tambahnya.

Pada aksi pertama Isnin lalu, Melaka United FC berjaya mengikat tuan rumah dengan keputusan 1-1.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: