Bola Sepak

Akmal tiba di Kompleks Sukan Hang Jebat naik helikopter


Akmal Zahir tiba di Kompleks Sukan Hang Jebat bersama isterinya. Foto: MUFC

PEMAIN pertahanan Melaka United FC (MUFC) Akmal Md Zahir dan pasangannya telah selamat mendarat di Padang 10 Wisma MUSA, Kompleks Sukan Hang Jebat sekitar jam 2.50 petang ini menaiki helikopter dari Sungai Siput, Perak selepas pasangan mempelai ini diijabkabulkan.

Menurut perkongsian di Facebook rasmi MUFC, penerbangan ini bagi memastikan Akmal dapat kembali ke pangkuan pasukan menjelang aksi Separuh Akhir ke-2 TM Piala Malaysia 2021 menentang KL City FC di Stadium Hang Jebat, malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Piala Malaysia: Momen paling ‘mahal’ pemain tiba di venue naik helikopter

Ia menyaksikan Akmal pemain kedua dalam aksi Piala Malaysia tiba di venue perlawanan menaiki helikoter selepas Haris Safwan 18 tahun dahulu.

Momen yang pasti tidak akan dilupakan bagi peminat bola sepak tanah air apabila pengantin baharu ini kembali memikul tugas bersama kelab hanya selepas beberapa jam diijabkabul dengan pasangannya, Alliya Damanhuri.

Akmal bersama isterinya berkongsi momen berada dalam helikopter sebelum tiba di Komples Sukan Hang Jebat pada Jumaat. Foto: IG AkmalZahir13

Pada 2003, Haris menjadi salah seorang watak penting di dalam skuad kendalian Dollah Salleh ketika membimbing Selangor MPPJ dalam kempen Piala Malaysia.

Selangor MPPJ layak ke pusingan separuh akhir bertemu Perlis di mana mereka berjaya merakamkan kemenangan 3-1 pada aksi pertama di mana mereka perlu bertandang ke Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar bagi melengkapkan perlawanan timbal balik.

Harris ketika itu berusia 20 tahun bertolak menyertai pasukannya menaiki helikopter selepas selesai menduduki peperiksaan akhir semesta pertama dan tiba pukul 3 petang di Kangar sebelum aksi separuh akhir kedua menentang Perlis.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: