Antarabangsa • Bola Sepak • Harimau Malaya • Terkini

PUMA dan FAM lancarkan jersi Home & Away Harimau Malaya 2026/27


PUMA Malaysia, menerusi kerjasama berterusan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), melancarkan Jersi Home dan Away Harimau Malaya 2026/27 yang menghidupkan semangat dan kebanggaan rakyat Malaysia terhadap bola sepak negara.

Bertemakan “Inilah Warna Kita”, jersi baharu ini menampilkan identiti ikonik Hitam Kuning yang sinonim dengan Harimau Malaya dan bola sepak Malaysia sejak sekian lama.

Warna-warna ini membawa bersama semangat, kebanggaan dan kecintaan terhadap pasukan kebangsaan yang dikongsi oleh peminat merentasi generasi, daripada zaman bermain di padang kejiranan hinggalah mengikuti perjuangan Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Walau berbeza latar belakang, sokongan terhadap Harimau Malaya menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. Berasaskan semangat inilah, Jersi Home dan Away FAM Harimau Malaya 2026/27 tampil dengan dua reka bentuk berbeza yang membawa identiti tersendiri, namun tetap berpaksikan warna dan
semangat yang sama.

JERSI HOME: SEMANGAT SANG HARIMAU

Diinspirasikan oleh Harimau Malaya, Jersi Home FAM menampilkan corak belang harimau yang berani, mencerminkan kekuatan, ketangkasan dan semangat tidak gentar. Corak ini melambangkan keberanian serta keazaman pasukan untuk menghadapi setiap cabaran, di samping menyerlahkan kebanggaan memakai warna Harimau Malaya. Lebih daripada sekadar corak pada jersi, elemen harimau pada jersi ini menyerlahkan semangat “Fear None” serta hubungan erat antara pasukan kebangsaan dengan para penyokongnya.

 

JERSI AWAY: BERSATU DALAM BIRU

Jersi Away FAM pula mengambil inspirasi daripada corak celoreng dan tampil dalam rona biru navy yang diinspirasikan daripada bahagian biru pada Jalur Gemilang. Melambangkan perpaduan, kekuatan, dan ketabahan, warna serta reka bentuk ini menggambarkan keharmonian dan kedamaian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ia menjadi peringatan bahawa bola sepak boleh menjadi satu titik persamaan menyatukan rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang.

DIREKA UNTUK PRESTASI
Menggabungkan kebanggaan terhadap pasukan kebangsaan dengan inovasi prestasi PUMA, Jersi Home dan Away FAM Harimau Malaya baharu ini direka untuk memberikan keselesaan, rasa ringan serta kebebasan bergerak ketika beraksi di atas padang.

Antara teknologi utama yang ditampilkan ialah:

• ULTRAWEAVE: Fabrik prestasi ultra-ringan PUMA yang direka untuk memberikan
pergerakan yang lebih bebas dan semula jadi.

• dryCELL: Teknologi yang membantu menyerap dan mengalirkan peluh bagi memastikan
pemakai kekal kering dan selesa.

• ThermoAdapt: Teknologi yang membantu mengawal haba serta mengekalkan keselesaan
apabila suhu badan berubah.

Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan berkata, jersi PUMA FAM Harimau Malaya sentiasa membawa makna yang lebih besar daripada sekadar permainan di atas padang.

‘Inilah Warna Kita’, kami ingin meraikan warna yang telah sebati dengan identiti bola sepak Malaysia serta kebanggaan yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia.

“Kedua-dua Jersi Home dan Away FAM baharu ini menggabungkan warisan bola sepak negara dengan teknologi prestasi yang menjadi ciri PUMA,” ujarnya.

Jersi PUMA FAM Harimau Malaya 2026/27 kini boleh didapati pada harga RM549 untuk Jersi Authentic dewasa, RM319 untuk Jersi Replica dewasa, dan RM269 untuk Jersi Junior di PUMA.com, Kedai PUMA, Al-Ikhsan dan Football Republic.


Add Comment

Click here to post a comment