
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PERBINCANGAN lanjut dengan pengurusan Terengganu FC (TFC) mengenai kemungkinan penghijrahan pemain Terengganu FC, Faisal Halim bersama kelab di Liga Portugal dan Sepanyol hanya akan dilakukan selepas mendapat tawaran rasmi.
Ejen pemain bekas pelajar SMK Mutiara Impian, Pulau Pinang itu, Joe berbatov dari syarikat Estrada Sports Agency berkata kepada CAKAPSUKAN, buat masa ini persetujuan secara lisan telah diperolehi.
“Memang betul ada ejen dari Sepanyol yang merisik Faisal dan bertanyakan mengenai kontraknya bersama TFC, bagi saya jika ada pertanyaan seumpama ini sudah tentu mereka berminat.
ARTIKEL BERKAITAN: CEO TFC dedah spekulasi Faisal ke ‘Porto FC’
“Setakat ini kami belum menerima surat tawaran rasmi atau dengan kata lain tiada hitam putih jadi bila semuannya diperolehi sudah tentu kami akan berjumpa pengurusan TFC menyatakan hasrat selanjutnya,” tegasnya.
Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey mengikat kontrak selama dua musim bersama TFC sehingga tahun depan.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh berkata, pihaknya masih belum mengadakan sebarang perbincangan mahu pun panggilan telefon dari individu mahupun ejen yang berminat mendapatkan Mickey.
[…] “Setakat ini kami belum menerima surat tawaran rasmi atau dengan kata lain tiada hitam putih jadi bila semuannya diperolehi sudah tentu kami akan berjumpa pengurusan TFC menyatakan hasrat selanjutnya,” ujar Joe Berbatov dari Estrada Sports Agency kepada Cakap Sukan. […]