Bola Sepak

CEO TFC dedah spekulasi Faisal ke ‘Porto FC’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ab Rasid mahu ejen atau individu yang berminat mendapatkan Faisal datang berjumpa dan berbincang.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

KETUA Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh mengesahkan tiada mana-mana pihak mahupun individu menyatakan hasrat untuk berbincang mengenai tonggak utamanya, Faisal Abdul Halim.

Abd Rasid berkata kepada CAKAPSUKAN, sehingga kini tiada pihak atau ejen mewakili pemain itu (Faisal) menghubunginya untuk berbincang mengenai tawaran membabitkan pasukan luar negara.

“Mereka seharusnya melakukan perbincangan bersama pengurusan TFC memandangkan pemain Harimau Malaya itu masih mempunyai baki kontrak bersama skuad Penyu.

“Jika terdapat pasukan lain mahu mendapatkan khidmat  Faisal, TFC bersifat terbuka untuk melakukan perbincangan namun pihak berkenaan perlu menghormati segala terma yang terkandung dalam kontrak.

“Pemain itu masih ada kontrak dan majikan. Jika benar ada tawaran, berundinglah mengikut tatacara yang terkandung dalam kontrak,” katanya dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu nama Faisal dan Mukhairi Ajmal Mahadi menjadi bualan apabila dirisik beberapa kelab selepas beraksi bersama Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan sebelum ini.

Faisal yang baru 23 tahun dan Mukhairi, 19 tahun dilihat antara pemain tempatan yang menyinar beraksi buat TFC dan Selangor FC dalam saingan Liga Malaysia 2021.

Berdasarkan carian maklumat peribadi Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey menerusi wikipedia, pemain kelahiran Seberang Perai, Pulau Pinang ini telah disenaraikan sebagai pemain kelab FC Porto dengan memakai jersi bernombor 7.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: