Bola Sepak

Devan kongsi ‘resepi’ buat’ skuad B-22

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pertahanan B22, Muhammad Azrin Afiq Rusmini(tengah) perlu tenang mengawal asakan pemain lawan manakala selaku penyeang T Saravanan (kanan) perlu lebih tajam digawang lawan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

BERBAKI 12 hari lagi menjelang saingan kelayakan Piala Asia B-23 2022, skuad bimbingan Brad Maloney perlu melipat gandakan usaha membina pasukan yang lebih berkualiti dari segi semua aspek jika mengidamkan slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun tahun depan.

Posisi pertahanan antara kelemahan utama yang dilihat pada aksi persahabatan menentang juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya, USJ 5 , Subang Jaya dengan kekalahan 1-2 kepada lawan.

Gagal menerima tekanan hingga melakukan kesilapan itulah antara kelemahan utama yang dilihat terutamanya melihat kepada gol penyamaan yang dijaringkan penyerang NSFC, Akono sebaik babak kedua bersambung.

Bermula dari hantaran pendek dalam kawasan kotak penalti sendiri diantara pemain pertahanan dengan penjaga gawang, kesilapan mudah dijelmakan selepas menerima tekanan dari lawan hingga memberikan gol mudah buat Akono.

Begitu juga dibahagian serangan yang gagal memanfaatkan peluang tehidang dengan penyudah tumpul penyerang T Saravanan pada minit ke-36 serta minit ke-40 dan Azhad Harraz pada minit ke-37 .

Maloney perlu segera mengatasi masalah pertahanan dan jentera serangan.

Bagi pengendali NSFC, K.Devan aspek pertahanan seharusnya diberikan perhatian lebih mendalam buat skuad B-22 jika pasukan ingin meraih keputusan positif.

“Boleh dibuat penambahbaikan dari segi pertahanan, saya juga melihat ada beberapa pemain tengah dan serangan yang beraksi dengan cemerlang.

“Pertahanan perlu ditambahbaik dan ini adalah pasukan yang seimbang dari segi semua posisi,” jelasnya ditemui selepas perlawanan pada Selasa.

Pada aksi yang berlangsung semalam, empat pemain muda yang bersama skuad Harimau Malaya iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Mukhairi Ajmal, Muhammad Hakimi Abdullah dan Quentin Cheng yang baharu sahaja selesai mengharungi dua aksi persahabatan bersama skuad senior negara di Amman, Jordan tidak menyertai pasukan memandangkan masih menjalani kuarantin.

Skuad B-22 negara dijadual bertemu Penang FC pada Jumaat ini dan KDA FC, Isnin depan sebelum berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia pada 20 Oktober bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia B-23 2022 dari 25 hingga 31 Oktober ini.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan J, akan bertemu Laos pada 25 Oktober, Mongolia (28 Oktober) dan Thailand (31 Oktober) dalam usaha memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun tahun depan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: