Bola Sepak

Belum ada bayangan skuad terbaik – Maloney

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara, Brad Maloney mengakui masih belum ada bayangan barisan pemain terbaik yang bakal dibawa mengharungi perlawanan Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B23 di Ulaanbaatar, Mongolia bermula 27 hingga 31 Oktober ini.

Jelasnya, dia masih belum dapat membentuk gandingan terbaik memandangkan empat pemain lain antaranya Luqman Hakim Shamsudin, Mukhairi Ajmal Mahadi, Hakimi Abdullah, dan Quentin Cheng belum lagi dapat menyertai pasukan berikutan perlu menjalani kuarantin sebaik menyertai perlawanan persahabatan bersama skuad senior di Anman, Jordan.

“Kita masih berusaha untuk mendapatkan barisan pemain terbaik dengan semuanya ada harapan untuk dipilih dalam senarai terakhir.

“Berbaki dua perlawanan persahabatan sudah tentu banyak perkara perlu diperbaiki dan berharap pemain menunjukkan peningkatan berbanding menentang Negeri Sembilan,” katanya ditemui media selepas aksi menentang NSFC, semalam.

Berbaki kira-kira 12 hari lagi sebelum kejohanan itu berlangsung, Maloney mengharapkan dua perlawanan persahabatan menentang Penang FC (15 Oktober)  dan Kedah Darul Aman (18 Oktober) ada peningkatan positif membabitkan barisan anak buahnya.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: