
PUJIAN harus diberi kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang tampil berani menganjurkan pelbagai program untuk bola sepak wanita.
Terbaharu, menerusi Twitter rasmi, FAS mengumumkan bakal menganjur Liga Bolasepak Wanita (WSL) yang bakal berlangsung November ini.
Malah sebelum itu juga, FAS akan turut mengadakan bengkel ‘Briefing & Laws Of The Games’ (19 Oktober), ‘Women’s Football Clinic’ (24 & 31 Oct), ‘Exhibition Match’ (13 Nov) dan ‘WSL Official Launch & Draw’ pada 20 November ini.
FA Selangor proudly bring to you the FAS Women’s Super League (WSL) 2021!
WSL is a platform that aims to push the women’s football scene in Selangor into the forefront giving the opportunity to all women’s football teams to reach greater heights and shine like the professionals. pic.twitter.com/tdxlwMaSOh
— FA Selangor (@FASelangorMY) October 13, 2021
Rata-rata peminat bola sepak tempatan menyokong langkah FAS ini yang membuka peluang lebih besar kepada semua pemain bola sepak wanita yang sememangnya ‘dahagakan’ program seperti ini.
Awal bulan ini juga, FAS turut menganjurkan Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM khas untuk wanita di Pusat Latihan Bolasepak Selangor (FASTC).
Diharap langkah yang diambil oleh FA Selangor ini dalam cuba menaikkan martabat bola sepak wanita akan turut diikuti oleh persatuan-persatuan negeri lain kerana hakikat sebenarnya di Malaysia ramai pemain wanita berbakat dalam bola sepak.
Add Comment