Paralimpik Tokyo 2020

Isu Ziyad: MOM serah sepenuhnya kepada MPM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk mengemukakan rayuan kepada Olahraga Para Dunia (WPA) dan Jawatankuasa Paralimpk Antarabangsa (IPC) berhubung insiden kelewatan jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, selaku Ketua kontinjen (CDM) Paralimpik Tokyo 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin pastinya mengetahui apa yang perlu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Dia (Megat D Shahriman) tahu apa yang perlu untuk membuat rayuan keputusan ke atas Ziyad dan saya yakin dia akan lakukan yang terbaik bagi memastikan Ziyad mendapat pembelaan yang sewajarnya bukan sahaja untuk dirinya sahaja tetapi juga rakyat Malaysia ingin mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Ziyad terlepas pingat emas selepas isu kelewatan timbul baru-baru ini.

Ditanya berkemungkinan MPM akan menggunakan peguam untuk membantu rayuan ini, Norza menyerahkan kepada MPM dan pasukan untuk melaksanakannya atau sebaliknya.

“Setiap kes ada perbezaan dan isu,” tegasnya.

Untuk rekod ketika ini, kontinjen Malaysia masih menunggu maklum balas daripada penganjur Sukan Paralimpik 2020 berhubung permohonan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: