Paralimpik Tokyo 2020

Pemberian ganjaran buat atlet penting – Megat D Shahriman

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli (tengah) antara atlet yang meraih kejayaan di Paralimpik Tokyo 2020 namun kemenangan dibatalkan serta pingat emasnya ditarik balik di Paralimpik Tokyo 2020.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PRESIDEN Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menyifatkan pemberian ganjaran kepada atlet yang meraih kejayaan sangat penting sebagai habuan atas penat lelah serta pengorbanan mereka dalam mengharumkan nama negara di persada dunia.

Jelasnya, ketiadaan skim insurans untuk atlet menyaksikan ganjaran seperti RM1 juta kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik dan Paralimpik dapat menjadi ‘penyelamat’ sekiranya mereka ditimpa musibah.

“Setidak-tidaknya ganjaran itu mampu dijadikan simpanan di samping ganjaran-ganjaran lain yang diterima kerana atlet bila mengalami kecederaan sehingga menamatkan karier, itu adalah risiko kepada mereka.

“Ganjaran adalah motivasi untuk semua atlet dan saya setuju pihak kerajaan bagi dan benda ini (ganjaran) harus berlarutan. Selagi dalam sukan kita mesti memberi ganjaran supaya dapat memupuk semangat mereka untuk capai lebih banyak kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Webinar Edisi Khas Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Universiti Teknologi Mara (UiTM): Inspirasi Perjuangan Dari Bumi Tokyo anjuran Pusat Sukan UiTM dengan kerjasama Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM.

Turut menyertai webinar itu adalah jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang mencipta sejarah menjadi atlet berbasikal trek pertama negara merangkul pingat perak di temasya Olimpik di Tokyo, bulan lepas.

Di bawah insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), mana-mana atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik dan Paralimpik akan menerima ganjaran berjumlah RM1 juta dan pencen bulanan sepanjang hayat sebanyak RM5,000.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: