Paralimpik Tokyo 2020

“Lewat di peringkat MSSM pun kena batal… Inikan pula di Jepun”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kelewatan yang mengundang kekecewaan buat Ziyad di Tokyo 2020.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

KELEWATAN ke ‘Call Room’ punca utama jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli mendapat status DNS (Did Not Start).

Biarpun diberi kebenaran beraksi ‘Under Protest’ keputusan pembatalan memang tidak boleh diubah biarpun dia melakar lontaran rekod dunia 17.94 meter.

Bekas Presiden Persatuan Jurulatih-Jurulatih Olahraga Kebangsaan (MTFCA) Datuk Mohd Musa Noor Mohd peraturan tetap peraturan tidak kira pertandingan peringkat MSSM (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia), kebangsaan mahupun dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan penarikan pingat emas Ziyad kekal

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta maaf…” – Ziyad Zolkefli

“Dia diberi kebenaran untuk beraksi, namun dalam masa sama keputusan tetap dibatalkan, sama ada protest di buat sebelum atau selepas perlawanan.

“Jika alasan hujan, kenapa orang lain boleh tiba dengan tepat? Jadi di sini sudah ada pelanggaran peraturan. Siapa yang perlu dipersalahkan saya tidak mahu komen kerana bagi saya jangan salahkan Ziyad.

“Undang-undang tetap undang-undang, lebih-lebih lagi di Jepun yang sememangnya kita tahu ia sebuah negara yang cukup menepati masa,” kongsi Mohd Fuad kepada Cakap Sukan.

Ziyad menerima apa yang berlaku ke atasnya dengan tenang.

Tambah beliau, Ziyad sudah melakukan yang terbaik, namun isu teknikal yang menyebabkan dia terlepas pingat emas untuk negara.

“Teknikal sangat penting. Ia sama juga dengan ketetapan kehidupan kita yang perlu mengikut masa.

“Jadi saya berharap kita terima isu ini seadanya. Tak ada rezeki Ziyad kali ini.

“Dalam masa sama saya bersetuju dengan cadangan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican  supaya KBS (Kementerian Belia dan Sukan) pertimbangkan insentif kepada Ziyad untuk meningkatkan lagi motivasinya selepas ini,” tambah Mohd Fuad yang juga merupakan bekas Pengarah Pusat Prestasi Tinggi Olahraga Asia (IAAF HPTC).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: