Paralimpik Tokyo 2020

“Saya minta maaf…” – Ziyad Zolkefli


Ziyad melakukan lontaran rekod dunia baharu 17.94m.

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

JAGUH lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia selepas kemenangan pingat emasnya dibatalkan.

Ziyad,31, memuatnaik status di laman Instagramnya pagi Rabu dengan menulis: “Saya minta maaf pada semua rakyat Malaysia, terima kasih memberi sokongan pada saya”.

Biarpun sukar untuk ditelan dengan keputusan penolakan rayuan oleh kontinjen negara berikutan isu yang timbul selepas aksi semalam (Selasa), atlet ini tetap tampil profesional dan tenang memohon maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan penarikan pingat emas Ziyad kekal

Secara jelasnya, Ziyad telah melaksanakan janjinya untuk memecah rekod dunia di Tokyo 2020, namun sesuatu di luar jangkaannya telah berlaku.

Atlet kelahiran Gombak ini telah mencatat lontaran terbaik 17.94 meter, meninggalkan jauh pencabar-pencabar lain untuk berada di kedudukan pertama.

Namun protest yang dikemukan oleh Ukraine berdasarkan lewat ke bilik menunggu (call room) telah meranapkan impian Ziyad untuk membawa balik pingat emas kedua negara.

Sebagai rekod, atlet Ukraine Atlet Ukraine Maksym Oval yang mencatat 17.34m diumumkan sebagai pemenang mengikut laman web rasmi Paralimpik Tokyo 2020, manakala rakan senegaranya Oleksandr Yarovyi yang mencatat 17.30m memenangi perak.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading