Paralimpik Tokyo 2020

Pemenang pingat emas di hati rakyat selamat tiba

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ahmad Faizal (tiga,kiri) menyambut ketibaan Ziyad di KLIA, sebentar tadi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

PEMENANG pingat emas dihati rakyat Malaysia, Muhammad Ziyad Zolkefli selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang menaiki pesawat MH9117 dari Narita, Jepun kira-kira jam 5.45 petang.

Turut sama pulang, Siti Noor Iasah Mohammad Ariffin (Para Olahraga) Chew Wei Lun (Boccia) dan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (Renang) serta empat orang jurulatih.

Kepulangan wira dan wirawati paralimpik negara itu disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Menteri Belia dan Sukan , Senator Datuk Seri Ti Lian Ker.

Ahmad Faizal berkata, rakyat Malaysia pastinya merasa bangga diatas kesungguhan dan pengorbanan atlet para negara yang telah bersaing di Tokyo.

“Walaupun tidak berada dalam prospek pingat tetapi Chew Wei Lun telah membawa pulang pingat perak bagi acara Boccia.

“Begitu juga bagi acara lontar peluru yang tidak dapat menghadiahkan pingat kepada negara kerana insiden yang berlaku namun pencapaian Ziyad adalah di luar jangkaan kerana beliau telah memecahkan rekod dunia dalam acara berkenaan,” katanya.

Tambahnya lagi, atlet para negara sebenarnya telah memberikan persaingan yang sengit dan terbaik dalam temasya sukan berprestij berkenaan.

“Anda semua tetap menjadi juara di hati Keluarga Malaysia,” tegasnya.

Turut sama Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Ramona Mohd Razali, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Datuk Dr. Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Timbalan Presiden, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Dr. Radha Krishnan Sinnathamby.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: