Paralimpik Tokyo 2020

KBS kemukakan cadangan ganjaran buat Ziyad – Ahmad Faizal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Reezal (dua,kiri) menyerahkan nota serah tugas kepada Faizal di KBS, hari ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BENTUK ganjaran mahupun imbuhan yang sesuai akan dicadangan kepada Kabinet bagi menghargai pencapaian atlet paralimpik negara Ziyad Zolkifli pada temasya Paralimpik 2020.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, KBS mempunyai polisi tentang ganjaran akan diberikan kepada atlet -atlet Malaysia yang membawa kejayaan.

“Saya memahami apabila kita menggariskan dasar bagi atlet, tidak kita memikirkan apa yang akan berlaku ke atas Ziyad dan bagaimana caranya kita hendak bagi ganjaran kes seumpama itu.

“Saya ingin cadangkan kepada Kabinet kemungkinan kita perlu perkara ini kerana ia tidak pernah berlaku dan pada apa yang dicapai Ziyad adalah satu perkara yang amat membanggakan negara.

“Secara peribadi saya kagum dengan pencapaian yang dibuatnya dalam keadaan hujan di Tokyo dengan rekod dunia dipecahkan pesaing lain dan dengan semangat juang membanggakan negara dia kembali memecahkan sekali lagi rekod dunia berkenaan, ini pencapaian yang begitu membanggakan,” katanya pada sidang media selepas majlis serah tugas Mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kepadanya di pejabat KBS, hari ini.

Tambah Ahmad Faizal, pencapaian diraih Ziyad datang dari semangat dan disipilin yang tinggi.

“Latihan dan disipilin tinggi dari segi pemakanan, penjagaan diri seharian, semuannya pengorbanan yang dibuat atlet-atlet seperti Ziyad untuk mendapatkan pencapaian sedemikian,” jelasnya.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, hasrat dan cadangan yang akan dikemukakan KBS itu pastinya akan mendapat sokongan sewajarnya rakan-rakan Kabinet yang lain.

“Dia (Faizal) tidak akan bersendirian kerana dalam Kabinet kita memiliki lima bekas Menteri Belia dan Sukan.

“Apa yang dibawa adalah satu perkara yang akan mendapat sokongan dari rakan-rakan Kabinet lain,” jelasnya.

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: