
Oleh: SURYATI MOHD NOR
GAGAL meraih pingat dan pingat dibatalkan adalah sesuatu yang berbeza, namun sedih dan kecewa pasti terasa.
Inilah yang berlaku kepada jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia malah sukan dunia khususnya.
Seperti diketahui kejayaan Ziyad merangkul pingat emas dengan memecah rekod lontaran dunia 17.94 meter Ahad lalu mengundang kekecewaan apabila semuanya dibatalkan kerana isu di luar padang.
Tahap psikologi Muhammad Ziyad Zolkefli, atlet lontar peluru (F20) di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 adalah sangat positif dan mengagumkan. Beliau telah membuat persiapan mental yang secukupnya dengan bantuan Pegawai Psikologi Sukan, Puan Rohana Yusuf. #DemiMalaysia #MAS#TeamISN pic.twitter.com/AHYs0ahqc5
— Institut Sukan Negara ?? (@isnmalaysia) September 2, 2021
Namun ‘benda’ dah jadi diluar jangkaannya. Nak tak nak, Ziyad,31, terpaksa menelan hakikat bahawa dia pulang dari Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tanpa sebarang pingat.
Sebagai atlet profesional dan bertaraf dunia, Ziyad menunjukkan semangat yang positif dan berjanji akan kembali lebih baik selepas ini. Sesuatu yang harus dipuji buat atlet kelahiran Gombak ini.
Malah ia turut diakui oleh Institut Sukan Negara (ISN) memaklumkan bahawa tahap psikologi Ziyad sangat positif dan mengagumkan.

“Tahap psikologi Muhammad Ziyad Zolkefli, atlet lontar peluru (F20) di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 adalah sangat positif dan mengagumkan.
“Beliau telah membuat persiapan mental yang secukupnya dengan bantuan Pegawai Psikologi Sukan, Puan Rohana Yusuf”.
Selain mendapat bantuan dari ISN, Ziyad turut tidak terkecuali mendapat sokongan penuh daripada seluruh rakyat Malaysia sejak isu tersebut timbul.







Add Comment