Paralimpik Tokyo 2020

Pertimbangkan ganjaran dan imbuhan buat Ziyad – Reezal Merican

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ziyad merangkul emas dengan selepas dua kali memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.

 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEJAYAAN atlet paralimpik negara, Ziyad Zolkefli mencatatkan rekod dunia dalam acara lontar peluru pada temasya Paralimpik Tokyo 2020 wajar diberikan penghargaan dan imbuhan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, secara prinsip dan peribadi, Kerajaan wajar mempertimbangkan pemberian ganjaran atau penghargaan buatnya telah membuktikan kemampuan mengatasi pesaing lain.

“Saya sampai sekarang masih kecewa dengan keputusan yang dibuat dengan menafikan kejayaan Ziyad walaupun apa-apa alasan.

“Dia (Ziyad) telah melakukan lontaran dan telah berjaya mencatatkan rekod dunia, ini bukan masalah teknikal tetapi pencapaian dan ia perlu diraikan,” katanya.

Semalam Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin memohon pertimbangan kerajaan agar memberikan ganjaran sewajarnya kepada Ziyad selepas pingat emas yang dimenangi atlet itu di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, semalam ditarik balik.

Berdasarkan pemberian imbuhan semasa, atlet negara yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik dan Paralimpik akan menerima wang tunai RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dan pencen bulanan RM5,000.

Pemenang pingat perak menerima RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala pemenang pingat gangsa menerima RM100,000 serta pencen sebanyak RM2,000 sebulan.

Imbuhan RM20,000 juga bakal dinikmati bagi atlet yang berjaya memecahkan rekod dunia dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.

Ziyad merangkul emas dengan selepas dua kali memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter, tetapi dibatalkan berikutan bantahan Ukraine kerana lewat masuk ke bilik menunggu dan atlet Ukraine Maksym Koval diisytiharkan pemenang pingat emas.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: