Paralimpik Tokyo 2020

Pingat emas pertama Malaysia pada 31 Ogos

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

MALAYSIA dijangka meraih pingat emas pertama pada temasya Paralimpik Tokyo 2020 pada 31 Ogos melalui juara bertahan acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) Mohd Ziyad Zolkefli.

 Chef-de-mission Paralimpik Tokyo 2020, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, Ziyad akan turun beraksi mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya di Rio 2016 lalu.

“Kami jangkakan pingat pertama akan diraih pada 31 Ogos dimana Ziyad akan beraksi, sasaran kita mahu kekalkan tiga pingat emas yang akan datang melalui lima atlet.

“Insyallah harapnya tiga emas itu datang dari lima atlet. Cuma kadang-kadang semasa kita buat analisis terhadap lima negara sahaja dan boleh mengatasinya tetapi tiba-tiba ada peserta dari negara lain pulak , itu yang saya katakan magis,” katanya pada CAKAPSUKAN secara maya, hari ini.

Kontinjen para negara kali ini dibarisi 22 atlet yang akan bersaing dalam sembilan jenis sukan di temasya berprestij dunia itu.

Malaysia meletakkan sasaran untuk membawa pulang tiga pingat emas dari Tokyo dengan lima atlet lima atlet iaitu dua olahraga, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly selain pemain badmiton para, Cheah Leik Hou; atlet memanah, S Suresh dan jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin diletakkan sebagai sandaran utama bagi merealisasikan matlamat berkenaan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: