Paralimpik Tokyo 2020

Kontinjen terakhir 29 atlet Paralimpik berlepas ke Tokyo


Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

ATLET Powerlifting, Bonnie Bunyau Anak Gustin dan atlet olahraga, Siti Noor Iasah Mohd Ariffin yang ditugaskan selaku pembawa jalur gemilang pada temasya Pralimpik Tokyo 2020 mengetui kumpulan ketiga yang berangkat ke negara Matahari Terbit.

Selain dua atlet berkenaan, kumpulan ketiga yang disertai 27 atlet bersama jurulatih dan pegawai kontijen paralimpik negara telah bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat MH9118 ke Narita , Jepun bagi menyertai Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Antara atlet lain yang menyertai kumpulan ketiga ini adalah Jong Yee Khie atlet powerlifting, Chew Wei Lun atlet boccia, Suresh Selvatamby dan Wiro Anak Julin atlet memanah,Mohamad Ridzuan bin Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly,Wong Kar Gee lompat jauh  dan Abu Samah Borhan bagi acara tenis kerusi roda.

Sesi pelepasan kontijen paralimpi kini telah disempurnakan Ketua Setiausaha Negara(KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali yang turut disertai Bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli,  Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Majlis Sukan Negara (MSN)Suhardi Alias dan Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Dr Radha Krishnan Sinnathamby.

Terdahulu Mohd Zuki merakamkan ucapan tahniah kepada semua 22 orang atlet paralimpik negara yang bakal mewakili negara ke temasya sukan berprestij berkenaan.

Beliau turut menyatakan bahawa atlet para negara juga membawa misi besar,Demi Malaysia dalam membawa pulang pingat emas untuk rakyat Malaysia menyamai pencapaian yang telah diraih ketika temasya Paralimpik  Rio 2016.

Pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Malaysia mencatat keputusan paling cemerlang dalam sejarah penyertaan Paralimpik apabila menggondol tiga emas dan satu gangsa.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: