Paralimpik Tokyo 2020

‘Three Agitos’ simbol kemegahan Sukan Paralimpik Tokyo 2020


SIMBOL gergasi Sukan Paralimpik ‘Three Agitos’ dinaikkan di Odaiba Marina Park menjelang Tokyo 2020 bermula 24 Ogos hingga 5 September ini.

Monumen besi seberat 94 ton dengan ketinggian berukuran 17.5 meter, 23.4m panjang dan 2m lebar.

Ia juga akan dipasang dengan cahaya lampu bermula 20 Ogos ini hingga tamat temasya dunia ini.

 

Simbol ‘agitos’ dengan tiga warna merah, biru dan hijau mewakili warna-warna negara seluruh dunia.

Three ‘agito’ bermaksud ‘I move’ dalam bahasa Latin, separuh bulat mewakili Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa yang menyatukan atlet dari seluruh pelusuk dunia untuk bersaing.


Add Comment

Click here to post a comment