Olimpik 2020

Bola Sepak: Aksi final Sepanyol berdepan juara bertahan Brazil


Asensio meledak gol penting perlawanan separuh akhir.

PASUKAN Sepanyol mara ke final acara bola sepak lelaki selepas menewaskan tuan rumah, Jepun 1-0 di Stadium Saitama pada Selasa.

Bintang Real Madrid, Marco Asensio meledak gol tunggal perlawanan lima minit sebelum masa tambahan berakhir selepas kedua-dua pasukan gagal mencari sebarang jaringan dalam 90 minit aksi sebenar.

“Kami hilang idea sejak mula untuk mara ke final. Ia merupakan perlawanan tahap yang tinggi. Kami berdepan dengan dua pasukan hebat yang mahu mara ke final.

“Banyak tekanan kerana tiada siapa yang mahu tewas, tiada siapa yang mahu ambil risiko. Tetapi cara permainan inilah yang anda akan lihat ketika aksi separuh akhir.

 

“Kami bermain dengan cara sendiri, dan saya ingin katakan bahawa kami layak menang,” jelas jurulatih Sepanyol Luis de la Fuente.

Kali terakhir Sepanyol merangkul pingat emas Olimpik pada tahun 1992 dan bakal berdepan dengan juara bertahan Brazil yang menewaskan Mexico menerusi penentuan penalti dalam satu lagi aksi separuh akhir sebelum ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: