Olimpik 2020

Syaqiera perbaiki catatan peribadi


PEMANAH negara Syaqiera Mashayikh yang mendapat tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada saat akhir memulakan saingan hari pertama acara memanah di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atlet kelahiran Segamat, Johor itu dengan bergaya selepas mencatat rekod peribadi terbaik pada pusingan penentuan ranking acara recurve individu wanita, hari ini.

Pada aksi berlangsung di Lapangan Memanah Yumenoshima Park di Tokyo, Syaqiera, 20, menamatkan saingan di tempat ke-43 daripada keseluruhan 64 peserta dengan berjaya memperoleh 630 mata sekali gus memperbaiki rekod 619 mata dilakukan pada kelayakan terakhir Olimpik di Paris Jun lepas.

Syaqiera dijadual berdepan pemanah Rusia Elena Osipova pada pusingan pertama Selasa depan.

Syaqiera merupakan pemanah wanita ketiga negara layak ke Olimpik selepas Mon Redee Sut Txi (Athens 2004) dan Nurul Syafiqah Hashim (London 2012).

Dalam pada itu, rekod Sukan Olimpik berjaya diperbaharui oleh pemanah wanita Korea Selatan An San selepas atlet berusia 20 tahun itu mengumpul keseluruhan 680 mata untuk memadam rekod 673 mata yang dicatat pemanah Ukraine Lina Herasymenko pada Sukan Olimpik Atlanta 1996.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading