EURO 2020

Kekalahan adalah hukuman dan proses kejayaan


Kane percaya pemain-pemain muda akan menimba pengalaman dari kejohanan ini.

KETUA pasukan England, Harry Kane menyifatkan kekalahan menerusi sepakan penalti adalah satu hukuman serta ia merupakan satu proses untuk terus bangkit dan meraih kejuaraan.

Baginya, mereka bermain sebagai satu pasukan dengan menang atau kalah akan dirasai bersama.

“Kami bermain menentang pasukan yang sangat bagus. Kami memulakannya dengan sempurna, mereka menguasai bola.

“Tewas dalam penalti adalah perasaan paling teruk di dunia, Menang bersama, kami kalah bersama.

“Kami akan belajar dan berkembang daripadanya. Pemain-pemain muda akan menimba pengalaman dan ini akan memberi kami lebih banyak motivasi untuk Piala Dunia tahun depan,” tegasnya.

Pada penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan keputusan 3-2, hanya Kane dan Harry Maquire menyempurnakan sepakan penalti manakala  Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka semuanya gagal.

Keputusan itu mengakibatkan England melepaskan peluang untuk memenangi trofi pertama di kejohanan utama sejak Piala Dunia 1966.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: