EURO 2020

DNA Itali musnahkan impian England


 

Kemenangan ke atas England memastikan Itali merangkul kejuaraan Euro kali kedua.

ROBERTO Mancini membuktikan corak permainan hantaran pendek dan tidak terlalu menekan lawan sambil bertahan penuh disiplin membuahkan hasil apabila skuad bimbingannya bangkit mengikat England 1-1 sebelum menang dengan penentuan sepakan penalti, 3-2.

Dikejutkan dengan jaringan gol paling pantas dalam sejarah final Kejuaraan Eropah menerusi pertahanan England, Luke Shaw pada minit ke-2, anak didik Mancini yang rata-rata dibarisi pemain berpengalaman tenang menyusun gerakan memburu gol penyamanan.

Corak permainan Itali mula dipamerkan selepas 20 minit melalui hantaran pendek dan kemas yang bergerak disegenap kawasan padang untuk memeceh benteng England yang ketika itu hanya mengekalkan corak bertahan.

Usaha Itali mendapatkan gol penyamaan terhasil melalui jaringan Leonardo Bonucci (m-62) yang seterusnya mengheret ke masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.

Bonucci menjaringkan gol penyamaan untuk mengherat perlawanan ke masa tambahan dan sepakan penalti.

Bagi Mancini,  mereka melepaskan gol di awal permainan dan kemudian bergelut sebelum berjaya mendominasi perlawanan.

“Barisan pemain mempamerkan aksi terbaik mereka. Kejuaraan ini amat penting untuk semua orang dan peminat. Saya harap mereka meraikannya di Itali,” ujarnya.

Berdasarkan statistik perlawanan, Itali mendominasi 61 peratus dengan melakukan hampir 836 hantaran dan 20 percubaan, enam tetap ke sasaran manakala England hanya enam percubaan sahaja.

Ini adalah kali kedua Itali memenangi saingan Euro selepas gagal layak beraksi di Piala Dunia dekat Russia pada 2018.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: