EURO 2020

Pemilihan pemain tanggungjawab saya; Southgate

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Southage menyifatkan mereka menang dan kalah sebagai satu pasukan.

PENGENDALI England, Gareth Southgate memaklumkan keputusan pemilihan pemain untuk mengambil sepakan penalti pada penentuan gelaran kejuaraan Euro 2020 berdepan Itali adalah keputusannya.

Tegasnya, dia yang memilih pemain yang akan mengambil sepakan penalti dan sangat kecewa gagal untuk melangkah selangkah lebih jauh.

“Kami memutuskan untuk membuat perubahan pada akhir permainan tapi kami menang atau kalah sebagai satu pasukan.

“Itu keputusan saya untuk memberikannya Bukayo Saka penalti itu,” jelasnya.

Sancho turut gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Bukayo Saka merupakan pemain England yang mengambil sepakan penalti terakhir sebelum berjaya dinafikan ketangkasan penjaga gawang Itali, Gianluigi Donnarumma ketika Itali mendahului 3-2 ketika itu.

Southgate juga membawa Jadon Sancho dan Marcus Rashford pada masa tambahan khusus untuk melakukan sepakan penalti dan mereka juga turut gagal menyempurnakannya ketika England mempunyai kelebihan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: