EURO 2020

“Jangan risau, saya akan pujuk dia” – Bonucci


Chiellini dan Bonucci (kanan) merai kejayaan menjuarai Euro 2020.

LEONARDO Bonucci memberitahu dia akan buat apa sahaja untuk memujuk Giorgio Chiellini untuk bersama di pentas Piala Dunia di Qatar tahun depan.

Bonucci dan Chiellini telah bergandingan bersama di bahagian pertahanan Itali lebih sedekad dan merupakan watak penting ketika membawa Itali menjuarai trofi Euro 2020 buat kali pertama selepas 1968.

Bonucci menjaringkan gol penyamaan 1-1 ketika bertemu England pada aksi akhir Isnin lalu yang menyaksikan perlawanan dibawa ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan gagal mencari jaringan pada masa tambahan.

Bonucci menyamakan gol ketika finak Euro 2020 bertemu England.

Chiellini akan berusia 38 tahun menjelang Piala Dunia di Qatar dan kemungkinan dia dijangka bersara pada tahun 2022.

Namun dia diberi tawaran kontrak baharu selama setahun bersama Juventus sehingga tahun depan.

Pun begitu, Bonucci yang mengumpul 109 kap akan berusia 35 tahun pada 2022, mendedahkan dia akan memujuk pasangan di padang itu untuk bersama skuad Itali tahun depan.

Chiellini dan Bonucci (kanan) watak penting dalam pasukan Azzurri.

“Saya akan pujuk dia ketika kami pergi bercuti bersama nanti. Jangan risau,” jelasnya.

Malah penjaga gol Gianluigi Donnarumma dengan yakin memberitahu Bonucci dan Chiellini akan terus bersama mereka.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: