EURO 2020

OKS pilih Itali juara Euro 2020


Kim Swee menyifatkan pengalaman pemain Itali akan memberikan kelebihan untuk menewaskan England.

PENGARAH Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee memilih Itali sebagai calon juara berbanding England apabila kedua pasukan bakal beraksi pada pentas final Euro di Stadium Wembley, pagi esok.

Jelasnya, pemilihan Itali berdasarkan skuad mereka dibarisi pemain yang memiliki pengalaman beraksi dalam suasana yang mencabar (final) selain disertai beberapa pemain senior.

“Jika kita lihat Itali mereka bermain dengan penuh disiplin bermula pada peringkat kumpulan sehingga mara ke pentas akhir.

“Berbanding pula dengan England saya lihat rata-rata pemain masih muda dan belum mampu menghadapi situasi dalam aksi getir seumpama ini.

“Mereka (England) agak ghairah apabila menyerang,” jelasnya.

Itali turun dengan misi memburu gelaran Eropah kedua sejak 1968 manakala England tidak pernah memenangi kejuaraan dalam saingan benua dengan satu-satunya trofi utama yang dimenangi mereka adalah Piala Dunia 1966 di Wembley.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: