
PASUKAN Itali dicalit dengan kebimbangan jangkitan Covid-19 menjelang final Euro 2020 bertemu England awal pagi Isnin ini.
Skuad Azzurri bertemu dengan pasukan Gareth Southgate di Stadium Wembley kini berdepan dengan situasi panik selepas mendapat perkhabaran positif Covid-19 melibatkan kontak rapat mereka.
Pada Jumaat, seramai tiga orang media Itali yang bekerja secara gelembung sukan didapati positif Covid-19.

Susulan daripada itu, pasukan Itali mengambil langkah kecemasan dengan menutup kem latihan di Coverciano bagi proses sanitasi.
Dilaporkan ketiga-tiga media mendapat jangkitan Covid-19 ketika membuat liputan aksi separuh akhir bertemu Sepanyol di London.

Namun setakat ini, tiada laporan melibatkan pemain atau barisan jurulatih yang dijangkiti dan langkah-langkah keselamatan terus dilakukan.
“Latihan dengan kehadiran pihak media telah dibatalkan.
“Tidak ada persiapan khas dibuat pasukan dan kami memastikan tiada jangkitan kepada mereka.
“Peluang jangkitn kepada pasukan sangat kecil, namun kami tetap berjaga-jaga,” ujar sumber pasukan Itali kepada The Sun.
As far as I know, in the Emirates, mostly new cars are offered for rent. And the price is not very high. I advise you to look at Infiniti in Dubai for rent https://renty.ae/cars/infiniti-qx80 which are on the Renty website. This is a good service with online options.