EURO 2020

Kejayaan bersama sebagai satu pasukan – Sommer


 

Sommer merendah diri dan menyifatkan kejayaan mara ke pentas suku akhir adalah kejayaan bersama hasil semangat juang rakan sepasukan.

PENJAGA gawang Switzerland, Yann Sommer menyifatkan kejayaan pasukannya melangkah ke pentas Suku Akhir Euro 2020 dengan menewaskan Perancis adalah kejayaan bersama sebagai satu pasukan.

Bertindak cemerlang menafikan sepakan kelima Perancis yang diambil Kylian Mbappe, Sommer enggan menerima pujian bersendiran selepas menjadi wira pasukan itu ketika menyingkirkan Juara Piala Dunia 2018, 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.

“Ketika kami ketinggalan 1-3, tiada siapa percaya kepada kami lagi. Namun, sebelum perlawanan, kami bertekad untuk berjuang sehingga minit yang terakhir tidak kira apa yang berlaku.”

“Ia adalah peluang terbaik kami untuk terus mengorak lebih jauh, memang sangat luar biasa cara kami bermain.”

“Ia hari yang penuh bermakna, saya sangat bangga dengan pasukan ini,” jelas Sommer yang kini bersama kelab Monchengladbach.

Petkovic memuji semangat juang dan kebangkitan barisan pemainnya.

Bagi pengendali Switzerland, Vladimir Petkovic menyifatkan anak buahnya mempamerkan prestasi luar biasa ketika kembali bangkit selepas ketinggalan dua gol.

“Dua gol hadir sangat pantas selepas terlepas penalti , tetapi hari ini kami adalah pasukan hebat , bangkit dan semua memberikan yang terbaik,” katanya


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: